Friday, November 20, 2009
Thursday, October 22, 2009
Bahasa Dusun
Bagi aku, buat apa nak cakap Bahasa Dusun sekiranya ramai rakanku lebih selesa berbahasa Melayu di rumah mahupun di sekolah. Namun tanggapanku mula berubah bila salah seorang rakan aku mengatakan bahawa Bahasa Dusun adalah bahasa yang ketinggalan zaman. Malah rakan aku malu bila orang tuanya bercakap dalam Bahasa Dusun. Memang tersirap darah aku bila mendengar rakan baikku berkata begitu. Apatah lagi beliau mempunyai ibu bapa berbangsa Dusun. Bagi aku, sebagai anak yang berbangsa Dusun, aku amat bangga dengan kebudayaan dan bahasa ibundaku dan tidak memandang remeh mengenai adat Orang-orang Dusun.
Aku mula mempelajari Bahasa Dusun semasa aku mula bekerja kerana di pejabat, terdapat beberapa rakan sekerjaku yang berbangsa Dusun. Aku amat berterima kasih kepada PIT Johnny Aloysius (kini bertugas di Sarawak) kerana beliaulah aku kini lancar berbahasa Dusun. Di samping itu, aku belajar Bahasa Sungai Bukit Garam daripada Kak Rosnah (kini dah bersara). Namun aku tak berpeluang untuk belajar Bahasa Sungai Kinabatangan bab suami aku tak pandai bercakap dalam bahasa ibundanya. Aku pernah bercerita dengan PIT Lambert Kalido (kini bertugas di Lahad Datu) dalam Bahasa Dusun. Beliau amat terperanjat kerana aku agak pandai menggunakan bahasa ibunda. Beliau menyatakan bahawa anak-anak beliau yang seumur dengan aku tak pandai berbahasa Dusun. Cuma mereka memahami bahasa tersebut bila kedua orang tua mereka bercakap (macam aku masa zaman sekolah).
Bila aku berbual dengan PIT Johnny, aku memang tidak dibenarkan untuk mencampurkan Bahasa Dusun dengan Bahasa Melayu kerana ia akan merosakkan keindahan Bahasa Dusun katanya. Ramai rakan sekerjaku akan tercenggang bila kami berbual. Kata mereka kami bercakap seperti Bahasa Jepun. Namun kini, ramai rakan sekerjaku yang berminat untuk mempelajari Bahasa Dusun kerana ketua pejabat kami pun orang Dusun Ranau.
Kini aku boleh berbangga kerana salah seorang anak aku agak fasih berbahasa Dusun kerana tinggal dengan kedua orang tuaku. Namun aku agak terkilan kerana semua anak-anakku tak berpeluang untuk mempelajari bahasa ibunda abah mereka kerana dia sendiri pandai bercakap dalam bahasa ibundanya.
Pesta Kobis Kundasang
Lamanya aku tak update blog ni. Bukan apa, masuk kerja je terus sibuk nak uruskan pejabat yang agak lama ditinggalkan (bab cuti raya seminggu).
Nak cerita plak pasal Pesta Kobis kat Kundasang yang akan diadakan pada 24 Oktober 2009. Actually aku tak tau pun Pesta Kobis akan diadakan pada 24 Oktober ni. Tapi my son call bab nak cakap ngan Nana (adiknya) ajak tengok Pesta Kobis dan gi tengok Climbthon di Taman Kinabalu. Katanya nak tengok cabaran 4x4 atau dalam bahasa si Fauzan 'kereta kamel'. Mungkin juga my son rindu dengan adik-adiknya. Masa raya baru-baru ni pun hanya 6 hari ja masa mereka bersama. Tu pasal balik-balik telefon cari adik-adiknya.
Sejarah Pesta Kobis ni bermula pada tahun 1997 [ artikel penuh di http://pestakubis.blogspot.com]. Masa tu aku masih sekolah Form 4 di SMK Kundasang. Memang bestlah sambutan Pesta Kobis ni. Lepas je tamat sesi pembelajaran, aku nak member pakat ramai-ramai jalan ke kedai Sedco untuk melihat Pesta Kobis ni. Macam-macam jenis sayur yang ditanam oleh penduduk Kundasang dipamerkan di pesta ni.
Namun sejak aku mula kerja [since Julai 2002], aku dah tak berpeluang untuk menyaksikan Pesta Kobis. My Daughter pun tak pernah lagi berpeluang untuk menyaksikan Pesta Kobis di Kundasang. Kalau ada kesempatan, aku akan mengunjungi pesta ni. Tahun ni aku lambat dapat imforasi tarikh Pesta Kobis diadakan. Kalau ambil cuti, comfirm dah tak lulus punya dah.
Friday, September 18, 2009
Salam Aidilfitri
Hari ini ramai yang telah memulakan perjalanan untuk menyambut Hari Raya di kampung. Pejabat pun mula lenggang.
Tahun ni buat pertama kalinya aku akan beraya di Sandakan. Bab setiap kali raya, aku akan balik ke kampung. Namun tahun ni, aku akur dengan permintaan suami untuk beraya di Sandakan.
Mengikut perancangan, lepas sembahyang raya, kami sekeluarga akan menziarahi kubur arwah ibu mentuaku. Selepas itu, balik rumah sebelum menziarahi saudara mara sebelah suami. Raya ke-4, baru kami balik ke kampung untuk beraya dengan Fauzan bab suami terpaksa bekerja pada Raya ke-2 dan ke-3. So, seminggu aku tak jumpa blog aku ni...
Thursday, September 17, 2009
Majlis Berbuka Puasa UPK 2009
Antara juadah berbuka puasa
Pisang ni si Safiee terpaksa bawa ke Masjid bab tak habis
Buah pertama yang habis
Mee kakak cleaner masak
Nasi beriani
Lauk daging kisar
Big Boss Sandakan
Monday, September 7, 2009
My Son And Daughter
Tuesday, August 11, 2009
Adat Lama
Masa aku balik ke kampung hujung bulan Julai lalu, ibuku ada memberitahu bahawa sepupuku ada datang ke Telupid membantu bapanya menanam padi. Sambil menanam padi, dia mengambil gambar mereka yang sedang menanam padi huma (padi bukit) secara tradisional.
Ibuku bertanya sekiranya ada gambar beliau terselit. Takut nanti ada suntil di mulut yang tidak sempat dibuka bab sepupuku ni suka ambil gambar secara candid camera. Rupanya mereka ni tengah makan sirih lepas menanam padi. Rupanya takut tersebar gambar ke seluruh dunia.
Aku dah lama sangat tak menanam padi huma secara tradisional. Sejak aku mula bekerja, aku jarang dapat menolong ibuku untuk menanam padi. Tapi bila mengomot (menuai padi) ada jugalah datang menolong. Aku menuai padi pun pad tahun 2006. Ibuku menuai padi secara tradisional menggunakan langgaman (tak tau bahasa Melayu apa). Ni besar sikit anak-anakku, memang aku suruh juga dorang buat apa yang pernah aku buat masa kecil.
Meginggat ni sebenarnya salah satu cara untuk merai tetamu yang datang ke rumah selain dihidangkan air. Tapi kebanyakan warga muda sekarang jarang sudah mempraktiskan aktiviti menginggat ni. Aku sendiri boleh mabuk makan pinang. Tu pasal aku tak berapa suka menginggat bab confirm pening kepala.
My Member In School
Hidup saja bekalan elektrik aku terus check emel. Aku terkejut sebab menerima emel daripada Hafizul. Dia nak tau sangat sapa aku bab aku cerita mengenai penubuhan Tingkatan 6 di SMK Kundasang melalui blog sekolah tersebut. Dia ni aku punya classmateku masa Tingkatan 6 dulu. Tapi aku balas emel dia dengan menggunakan clue saja. Bab kalau dia ingat posisi tempat duduk masa form 6, dia akan kenal aku siapa.
Masa melayari laman blog SMK Kundasang, Cathol juga bertanya sama ada aku kenal atau tidak. Memang aku kenal bab dia duduk paling depan sekali di kelas. Manakala aku pula duduk paling belakang sekali berhampiran dengan tingkap. Saja aku duduk di tepi tingkap bab aku suka sangat tengok Gunung Kinabalu pada waktu pagi. Secara tidak langsung, blog SMK Kundasang yang dibuat oleh Cikgu Al Zubir telah menemukan aku dengan member lama masa sekolah dulu.
Thursday, July 30, 2009
Little Farm in Telupid
Wednesday, July 22, 2009
Sungguh Kesian.....Inilah Dugaan Hidup
Si suami ni sebenarnya tidak kisah dia ditangkap tapi apa yang amat menyedihkan si suami ni, isteri dan anaknya juga turut ditangkap dengan alasan pihak majikan tidak mahu menanggung mereka kerana si suami telah melakukan kesalahan. Disamping itu, banyak barang-barang mereka di rumah kongsi tersebut tidak sempat diambil. Si suami agaknya turut kesal kerana anaknya yang masih kecil terpaksa bersusah payah seperti beliau hanya kerana tindakannya mempertahankan diri daripada dituduh mencuri.
Aku bertanya kepada mereka sama ada ingin membeli makanan. Si suami memberitahu dia sememangnya agak lapar. Jadi mereka bersetuju aku memesan makanan di restoran berhampiran. Mereka terperanjat dengan harga yang aku beritahu. Sebungkus nasi campur berharga RM4. Bermakna 2 bungkus nasi campur sudah berharga RM8 . Tapi bagi kami ia harga yang berpatutan. Mungkin kerana amat sukar untuk mencari rezeki menyebabkan RM8 satu nilai yang amat besar.
Si suami ini turut memberitahu bahawa kesusahan hidup di negara asal menyebabkan mereka berhijrah ke negara ini untuk mencari sesuap nasi. Dia juga asyik menyalahkan diri kerana dia seorang pendatang asing, majikannya membuang mereka sesuka hati tanpa menyiasat terlebih dahulu apa yang berlaku. Tapi bagi aku, mereka datang ke negara ini dengan cara yang sah dan mengikut undang-undang. Mungkin kerana majikan mereka tidak mahu berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan ada pihak yang nyawanya melayang.
Bila melihat senyum tawa anak yang baru berusia 6 bulan dan masih belum mengerti tentang kehidupan, aku jadi kesian melihat nasib budak tersebut di Pusat Tahanan Sementara dan seterusnya kehidupan mereka di negara asal kelak. Aku juga tidak sanggup melihat anak tersebut memandangkan aku juga mempunyai seorang anak kecil.
Si isteri ada merayu pada aku sekiranya dia boleh pulang ke Bukit Garam. Namun aku menyuruh untuk merayu kepada Ketua Bahagian Tangkapan bab aku bukan bos. Tapi memang kompen dia tidak boleh balik ke Bukit Garam kerana majikan mereka sendiri yang menghantar mereka ke Balai Polis berhampiran dan menyerahkan pasport kepada anggota polis kerana mereka tidak diperlukan untuk bekerja di ladang tersebut. Memang kesian. Apabila timbul perasaan kesian dalam diri, Bos John pernah berkata bahawa kerja di bahagian penguatkuasa perlukan kekuatan mental dan fizikal serta tidak mudah merasa kesian pada orang lain terutamanya yang langsung tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.