Wednesday, July 8, 2009

Teringat Pada Kampungku


Gambar ni telah aku jadikan sebagai wallpaper untuk komputerku. Atap rumah yang berlumut serta dikelilingi oleh pokok pain, berlatarkan bukit yang membiru membuatkan aku teringat pada kampungku [Kg. Kinasaraban, Kundasang]. Walaupun perumahan di kampungku tidak seperti dalam gambar, namun bila melihat wallpaper ni, aku terasa seperti memandang kampungku.



Gambar ni juga mengingatkan aku pada kesusahan yang pernah tempuh pada zaman kanak-kanak dahulu. Namun kesusahan yang dialami telah mengajar aku erti tabah apabila mengharungi kehidupan di perantauan tanpa keluarga dan sanak saudara. Aku masih terbayang-bayang ketika zaman kanak-kanakku, aku sering bergaduh dengan adik lelakiku. Ibuku sering berkata

" kamu ni bergaduh saja. Nanti kalau kamu besar bukan kamu tinggal sebumbung sudah. Kamu berjauhan sudah tu. Mungkin jumpa pun setahun sekali sahaja"


Memang benar kata ibuku, setelah kami menghabiskan alam persekolahan, kami telah berjauhan kerana tuntutan tugas. sekiranya ada kenduri di kampung [rumah ibuku] atau pada Hari Raya sahaja baru kami berjumpa.

1 comment:

  1. Sedih juga baca entry ugou ni. tapi macam tulah kalau kerja, saya pun nasib baik ambil keputusan balik belajar di sini, boleh la balik selalu di kampung.. lepas ni balik pula di kedah tu, lagi la jauh.

    ReplyDelete