Sementara menunggu bekalan elektrik pulih, aku mengambil kesempatan untuk membaca akhbar tempatan (Daily Express keluaran 13 Julai 2009). Biasanya aku hanya berpeluang untuk membaca akhbar nasional seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Kosmo serta akhbar tempatan Sabah Times secara online. Memandangkan bekalan elektrik terputus sejak tengah hari hingga jam 4.30 petang, aku tidak dapat membaca akhbar secara online. Banyak juga kerja di pejabat tertangguh kerana pejabat kami tidak mempunyai kemudahan 'jenset'(betul ka ejaan dia ni?). Nasib baik aku telah menyiapkan statistik bulanan dan sempat difaks ke ibu pejabat Kota Kinabalu.
Sedang membaca muka depan akhbar berkenaan, aku terperanjat melihat berita serta gambar mayat bayi baru dilahirkan yang telah ditemui oleh sepasang kekasih semasa berjoging di Taman Kingfisher. Lebih memilukan hati lagi, mayat bayi malang tersebut sedang digonggong oleh seekor anjing. Gambar anjing terbabit juga telah dirakam.
Kenapa agaknya ibu bayi tersebut membuang di tong sampah? Adakah dia dilahirkan tanpa seorang bapa yang sah? Ibu tersebut tidak merasa bersalah membuang bayinya? Mengapa mesti bayi tersebut dibiarkan mati atau bayi itu mati dalam kandungan? Memang ibu berkenaan memang sudah tidak punya perasaan kasih pada anaknya? Bermacam-macam soalan berlegar di otakku tanpa mengetahui jawapan yang pasti.
No comments:
Post a Comment