Lepas tanam padi, ibuku dan member sedang meginggat. Nasib baik tiada sini' (suntil) melekat dimulut. Gambar diambil daripada sam4605.blogspot.com
Masa aku balik ke kampung hujung bulan Julai lalu, ibuku ada memberitahu bahawa sepupuku ada datang ke Telupid membantu bapanya menanam padi. Sambil menanam padi, dia mengambil gambar mereka yang sedang menanam padi huma (padi bukit) secara tradisional.
Ibuku bertanya sekiranya ada gambar beliau terselit. Takut nanti ada suntil di mulut yang tidak sempat dibuka bab sepupuku ni suka ambil gambar secara candid camera. Rupanya mereka ni tengah makan sirih lepas menanam padi. Rupanya takut tersebar gambar ke seluruh dunia.
Aku dah lama sangat tak menanam padi huma secara tradisional. Sejak aku mula bekerja, aku jarang dapat menolong ibuku untuk menanam padi. Tapi bila mengomot (menuai padi) ada jugalah datang menolong. Aku menuai padi pun pad tahun 2006. Ibuku menuai padi secara tradisional menggunakan langgaman (tak tau bahasa Melayu apa). Ni besar sikit anak-anakku, memang aku suruh juga dorang buat apa yang pernah aku buat masa kecil.
Meginggat ni sebenarnya salah satu cara untuk merai tetamu yang datang ke rumah selain dihidangkan air. Tapi kebanyakan warga muda sekarang jarang sudah mempraktiskan aktiviti menginggat ni. Aku sendiri boleh mabuk makan pinang. Tu pasal aku tak berapa suka menginggat bab confirm pening kepala.
No comments:
Post a Comment