Thursday, July 30, 2009

Little Farm in Telupid

Nilah hasilnya setelah sekian lama tidak memegang parang. Cantik jugak aku potong tebu-tebu ni.


Pisang Emas ibuku.

Sungai tempat aku selalu pigi meniud ikan. Banyak juga labi-labi pernah aku dapat masa kecik-kecik dulu.


Kebun pisang di Belakang sulap.

Kebun Getah ibuku. Gambar kurang jelas kerana aku menggunakan kamera telefon 2.0 megapixels
Pada 24.07.2009, aku telah singgah sebentar di kebun ibuku di Kg Longkoidon (Taviu). Aku last jejakkan kaki di kebun tu pada tahun 2006. Kebetulan keesokan hari kami membuat kenduri gunting rambut si Anis jadi aku singgah untuk mengambil ibuku yang masih lagi mangasok padi.
Aku sempat juga berjalan disekitar kebun ibuku namun kerana cuaca amat panas dan banyak nyamuk berdengung aku terpaksa memendekkan tinjauanku. Di samping itu, si Anis juga ikut meninjau tempat ibuku menanam padi.

1 comment:

  1. cuaca panas ja sekarang, kami mangasok di kebun gama pun dorang 'sugut' balik tu sebab ada yg tidak tumbuh pasal tidak hujan, skrg ni tidak tau sudah hujan ka tidak.

    ReplyDelete