Thursday, July 30, 2009

Little Farm in Telupid

Nilah hasilnya setelah sekian lama tidak memegang parang. Cantik jugak aku potong tebu-tebu ni.


Pisang Emas ibuku.

Sungai tempat aku selalu pigi meniud ikan. Banyak juga labi-labi pernah aku dapat masa kecik-kecik dulu.


Kebun pisang di Belakang sulap.

Kebun Getah ibuku. Gambar kurang jelas kerana aku menggunakan kamera telefon 2.0 megapixels
Pada 24.07.2009, aku telah singgah sebentar di kebun ibuku di Kg Longkoidon (Taviu). Aku last jejakkan kaki di kebun tu pada tahun 2006. Kebetulan keesokan hari kami membuat kenduri gunting rambut si Anis jadi aku singgah untuk mengambil ibuku yang masih lagi mangasok padi.
Aku sempat juga berjalan disekitar kebun ibuku namun kerana cuaca amat panas dan banyak nyamuk berdengung aku terpaksa memendekkan tinjauanku. Di samping itu, si Anis juga ikut meninjau tempat ibuku menanam padi.

Wednesday, July 22, 2009

Sungguh Kesian.....Inilah Dugaan Hidup

Hari ini aku terpaksa menerima sepasang suami isteri bersama seorang anak perempuan berusia 6 bulan warganegara Indonesia. Nasib baik ada Abang Rud's membuat akuan terima serahan PDRM. Kalau tidak, memang kelam kabut aku jadinya. Bila pegawai PDRM tersebut sudah jalan, Abang Rud's bertanya kepada tahanan tersebut mengapa ia ditahan. Orang Kena Tahan (OKT) tersebut memberitahu bahawa dia telah menampar salah seorang rakan sekerja wanita di rumah kongsi mereka di Bukit Garam kerana dia dituduh mencuri di rumah wanita berkenaan. Disebabkan hal tersebut, berlaku sedikit salah faham hingga menyebabkan majikan mereka memanggil pihak polis dan dia ditangkap atas tuduhan mencuri.

Si suami ni sebenarnya tidak kisah dia ditangkap tapi apa yang amat menyedihkan si suami ni, isteri dan anaknya juga turut ditangkap dengan alasan pihak majikan tidak mahu menanggung mereka kerana si suami telah melakukan kesalahan. Disamping itu, banyak barang-barang mereka di rumah kongsi tersebut tidak sempat diambil. Si suami agaknya turut kesal kerana anaknya yang masih kecil terpaksa bersusah payah seperti beliau hanya kerana tindakannya mempertahankan diri daripada dituduh mencuri.

Aku bertanya kepada mereka sama ada ingin membeli makanan. Si suami memberitahu dia sememangnya agak lapar. Jadi mereka bersetuju aku memesan makanan di restoran berhampiran. Mereka terperanjat dengan harga yang aku beritahu. Sebungkus nasi campur berharga RM4. Bermakna 2 bungkus nasi campur sudah berharga RM8 . Tapi bagi kami ia harga yang berpatutan. Mungkin kerana amat sukar untuk mencari rezeki menyebabkan RM8 satu nilai yang amat besar.

Si suami ini turut memberitahu bahawa kesusahan hidup di negara asal menyebabkan mereka berhijrah ke negara ini untuk mencari sesuap nasi. Dia juga asyik menyalahkan diri kerana dia seorang pendatang asing, majikannya membuang mereka sesuka hati tanpa menyiasat terlebih dahulu apa yang berlaku. Tapi bagi aku, mereka datang ke negara ini dengan cara yang sah dan mengikut undang-undang. Mungkin kerana majikan mereka tidak mahu berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan ada pihak yang nyawanya melayang.

Bila melihat senyum tawa anak yang baru berusia 6 bulan dan masih belum mengerti tentang kehidupan, aku jadi kesian melihat nasib budak tersebut di Pusat Tahanan Sementara dan seterusnya kehidupan mereka di negara asal kelak. Aku juga tidak sanggup melihat anak tersebut memandangkan aku juga mempunyai seorang anak kecil.

Si isteri ada merayu pada aku sekiranya dia boleh pulang ke Bukit Garam. Namun aku menyuruh untuk merayu kepada Ketua Bahagian Tangkapan bab aku bukan bos. Tapi memang kompen dia tidak boleh balik ke Bukit Garam kerana majikan mereka sendiri yang menghantar mereka ke Balai Polis berhampiran dan menyerahkan pasport kepada anggota polis kerana mereka tidak diperlukan untuk bekerja di ladang tersebut. Memang kesian. Apabila timbul perasaan kesian dalam diri, Bos John pernah berkata bahawa kerja di bahagian penguatkuasa perlukan kekuatan mental dan fizikal serta tidak mudah merasa kesian pada orang lain terutamanya yang langsung tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Friday, July 17, 2009

Cuti-Cuti Malaysia Si Nana Dengan Makciknya

Ni pla dorang pigi tengok di War Memorial, Kundasang. Tapi War Memorial di Sandakan Nana masih belum sampai. He...He...




ni jugak di Taman Kinabalu. Kesian anakku, diserang bisul dia sebelum balik kampung.






Ni si Nana dengan makciknya, Suzilah. Sibuk juga pigi makan angin di Taman Kinabalu



Ni masa si Nana ikut abahnya ke Bukit Garam. Gambar diambil di pengkalan Sungai Kinabatangan. Air pun masih deras dan telah melimpah hingga ke jalan raya


Gambar ni diambil di Pantai Pasir Putih, Sandakan.



Tuesday, July 14, 2009

Apa Dah Jadi Ni ???

Gambar bayi malang
Sementara menunggu bekalan elektrik pulih, aku mengambil kesempatan untuk membaca akhbar tempatan (Daily Express keluaran 13 Julai 2009). Biasanya aku hanya berpeluang untuk membaca akhbar nasional seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Kosmo serta akhbar tempatan Sabah Times secara online. Memandangkan bekalan elektrik terputus sejak tengah hari hingga jam 4.30 petang, aku tidak dapat membaca akhbar secara online. Banyak juga kerja di pejabat tertangguh kerana pejabat kami tidak mempunyai kemudahan 'jenset'(betul ka ejaan dia ni?). Nasib baik aku telah menyiapkan statistik bulanan dan sempat difaks ke ibu pejabat Kota Kinabalu.
Sedang membaca muka depan akhbar berkenaan, aku terperanjat melihat berita serta gambar mayat bayi baru dilahirkan yang telah ditemui oleh sepasang kekasih semasa berjoging di Taman Kingfisher. Lebih memilukan hati lagi, mayat bayi malang tersebut sedang digonggong oleh seekor anjing. Gambar anjing terbabit juga telah dirakam.
Kenapa agaknya ibu bayi tersebut membuang di tong sampah? Adakah dia dilahirkan tanpa seorang bapa yang sah? Ibu tersebut tidak merasa bersalah membuang bayinya? Mengapa mesti bayi tersebut dibiarkan mati atau bayi itu mati dalam kandungan? Memang ibu berkenaan memang sudah tidak punya perasaan kasih pada anaknya? Bermacam-macam soalan berlegar di otakku tanpa mengetahui jawapan yang pasti.

Thursday, July 9, 2009

Permata Hatiku

Fauzan

Farhannidah


Fazidah Anis


Permata hatiku...

Wednesday, July 8, 2009

Pemandangan Daripada Jalan Masuk Kg Kinasaraban

Gambar telah diambil daripada Friendster Double'z @ Ruhinin

Aku rasa nak mengalirkan air mata je melihat gambar ni. Gambar ni aku jadikan wallpaper kalau aku ingat pada kampungku. Inilah pemandangan pertama akan dilihat apabila memasuki ke kampungku.

Rumah Di Kampungku

{Gambar Ini di ambil daripada sam4605. multiply.com}
Rumah yang berwarna hijau dan beratap merah merupakan rumahku di kampung. Thanks Mr. U'ung @ Al Hasrin kerana telah mengambil gambar ni. Verry beautiful. Thank juga kepada Bro Samrie kerana telah menyimpan dalam multiply. Siou kio tu awu oku memisunud do' maganu oku gambar mantad hilo file nu.

Teringat Pada Kampungku


Gambar ni telah aku jadikan sebagai wallpaper untuk komputerku. Atap rumah yang berlumut serta dikelilingi oleh pokok pain, berlatarkan bukit yang membiru membuatkan aku teringat pada kampungku [Kg. Kinasaraban, Kundasang]. Walaupun perumahan di kampungku tidak seperti dalam gambar, namun bila melihat wallpaper ni, aku terasa seperti memandang kampungku.



Gambar ni juga mengingatkan aku pada kesusahan yang pernah tempuh pada zaman kanak-kanak dahulu. Namun kesusahan yang dialami telah mengajar aku erti tabah apabila mengharungi kehidupan di perantauan tanpa keluarga dan sanak saudara. Aku masih terbayang-bayang ketika zaman kanak-kanakku, aku sering bergaduh dengan adik lelakiku. Ibuku sering berkata

" kamu ni bergaduh saja. Nanti kalau kamu besar bukan kamu tinggal sebumbung sudah. Kamu berjauhan sudah tu. Mungkin jumpa pun setahun sekali sahaja"


Memang benar kata ibuku, setelah kami menghabiskan alam persekolahan, kami telah berjauhan kerana tuntutan tugas. sekiranya ada kenduri di kampung [rumah ibuku] atau pada Hari Raya sahaja baru kami berjumpa.

Tuesday, July 7, 2009

yeaahhh.... I have a Blog

Aku sesaje je nak buat blog ni. Belum ada lagi idea untuk buat citer.