Thursday, October 22, 2009
Bahasa Dusun
Bagi aku, buat apa nak cakap Bahasa Dusun sekiranya ramai rakanku lebih selesa berbahasa Melayu di rumah mahupun di sekolah. Namun tanggapanku mula berubah bila salah seorang rakan aku mengatakan bahawa Bahasa Dusun adalah bahasa yang ketinggalan zaman. Malah rakan aku malu bila orang tuanya bercakap dalam Bahasa Dusun. Memang tersirap darah aku bila mendengar rakan baikku berkata begitu. Apatah lagi beliau mempunyai ibu bapa berbangsa Dusun. Bagi aku, sebagai anak yang berbangsa Dusun, aku amat bangga dengan kebudayaan dan bahasa ibundaku dan tidak memandang remeh mengenai adat Orang-orang Dusun.
Aku mula mempelajari Bahasa Dusun semasa aku mula bekerja kerana di pejabat, terdapat beberapa rakan sekerjaku yang berbangsa Dusun. Aku amat berterima kasih kepada PIT Johnny Aloysius (kini bertugas di Sarawak) kerana beliaulah aku kini lancar berbahasa Dusun. Di samping itu, aku belajar Bahasa Sungai Bukit Garam daripada Kak Rosnah (kini dah bersara). Namun aku tak berpeluang untuk belajar Bahasa Sungai Kinabatangan bab suami aku tak pandai bercakap dalam bahasa ibundanya. Aku pernah bercerita dengan PIT Lambert Kalido (kini bertugas di Lahad Datu) dalam Bahasa Dusun. Beliau amat terperanjat kerana aku agak pandai menggunakan bahasa ibunda. Beliau menyatakan bahawa anak-anak beliau yang seumur dengan aku tak pandai berbahasa Dusun. Cuma mereka memahami bahasa tersebut bila kedua orang tua mereka bercakap (macam aku masa zaman sekolah).
Bila aku berbual dengan PIT Johnny, aku memang tidak dibenarkan untuk mencampurkan Bahasa Dusun dengan Bahasa Melayu kerana ia akan merosakkan keindahan Bahasa Dusun katanya. Ramai rakan sekerjaku akan tercenggang bila kami berbual. Kata mereka kami bercakap seperti Bahasa Jepun. Namun kini, ramai rakan sekerjaku yang berminat untuk mempelajari Bahasa Dusun kerana ketua pejabat kami pun orang Dusun Ranau.
Kini aku boleh berbangga kerana salah seorang anak aku agak fasih berbahasa Dusun kerana tinggal dengan kedua orang tuaku. Namun aku agak terkilan kerana semua anak-anakku tak berpeluang untuk mempelajari bahasa ibunda abah mereka kerana dia sendiri pandai bercakap dalam bahasa ibundanya.
Pesta Kobis Kundasang
Lamanya aku tak update blog ni. Bukan apa, masuk kerja je terus sibuk nak uruskan pejabat yang agak lama ditinggalkan (bab cuti raya seminggu).
Nak cerita plak pasal Pesta Kobis kat Kundasang yang akan diadakan pada 24 Oktober 2009. Actually aku tak tau pun Pesta Kobis akan diadakan pada 24 Oktober ni. Tapi my son call bab nak cakap ngan Nana (adiknya) ajak tengok Pesta Kobis dan gi tengok Climbthon di Taman Kinabalu. Katanya nak tengok cabaran 4x4 atau dalam bahasa si Fauzan 'kereta kamel'. Mungkin juga my son rindu dengan adik-adiknya. Masa raya baru-baru ni pun hanya 6 hari ja masa mereka bersama. Tu pasal balik-balik telefon cari adik-adiknya.
Sejarah Pesta Kobis ni bermula pada tahun 1997 [ artikel penuh di http://pestakubis.blogspot.com]. Masa tu aku masih sekolah Form 4 di SMK Kundasang. Memang bestlah sambutan Pesta Kobis ni. Lepas je tamat sesi pembelajaran, aku nak member pakat ramai-ramai jalan ke kedai Sedco untuk melihat Pesta Kobis ni. Macam-macam jenis sayur yang ditanam oleh penduduk Kundasang dipamerkan di pesta ni.
Namun sejak aku mula kerja [since Julai 2002], aku dah tak berpeluang untuk menyaksikan Pesta Kobis. My Daughter pun tak pernah lagi berpeluang untuk menyaksikan Pesta Kobis di Kundasang. Kalau ada kesempatan, aku akan mengunjungi pesta ni. Tahun ni aku lambat dapat imforasi tarikh Pesta Kobis diadakan. Kalau ambil cuti, comfirm dah tak lulus punya dah.