Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri


Hari ini ramai yang telah memulakan perjalanan untuk menyambut Hari Raya di kampung. Pejabat pun mula lenggang.

Tahun ni buat pertama kalinya aku akan beraya di Sandakan. Bab setiap kali raya, aku akan balik ke kampung. Namun tahun ni, aku akur dengan permintaan suami untuk beraya di Sandakan.

Mengikut perancangan, lepas sembahyang raya, kami sekeluarga akan menziarahi kubur arwah ibu mentuaku. Selepas itu, balik rumah sebelum menziarahi saudara mara sebelah suami. Raya ke-4, baru kami balik ke kampung untuk beraya dengan Fauzan bab suami terpaksa bekerja pada Raya ke-2 dan ke-3. So, seminggu aku tak jumpa blog aku ni...

Thursday, September 17, 2009

Majlis Berbuka Puasa UPK 2009

Licin kebab daging

Antara juadah berbuka puasa




Pisang ni si Safiee terpaksa bawa ke Masjid bab tak habis


Buah pertama yang habis



Mee kakak cleaner masak


Nasi beriani


Lauk daging kisar

Big Boss Sandakan

Pada 14/09/2009, pejabat kami mengadakan Majlis berbuka puasa. Setiap tahun kami memang menjadi kemestian kami untuk membuat majlis berbuka puasa walaupun secara kecil-kecilan. Kami juga mengundang pegawai daripada Unit Pintu Masuk Pelabuhan dan pegawai serta Ketua Pejabat di Wisma Persekutuan.
Aku tak dapat menangkap lebih banyak gambar memandangkan si Nana juga ikut. Aku terpaksa memastikan si Nana tidak mengusik mesin faks dan fotostat di Bahagian Pentadbiran. Tapi Buku Daftar Pendakwaan memang habis terconteng.

Monday, September 7, 2009

My Son And Daughter

Welcome To My Little Farm
Perjalanan ke kebun yang terletak di Telupid memang tidak dirancang. Tu yang si Fauzan sangat gembira bila kami datang. Bukan apa, kesian gak dia bab tiada kawan.

Sulap
Tapi masa kat kebun, si Anis tidak berhenti menangis. Pertama dia tak berapa biasa tanpa kipas angin untuk menyejukkan badan. Dengan keadaan yang agak panas di kebun, si Anis tidak selesa dengan suasana baru. Aku terpaksa membuka semua pakaian baru Anis rasa selesa.


See My bubu
Si Fauzan ada juga memujuk pada aku agar si Nana tinggal dengan dia. Tapi abah dorang dah semacam, aku terpaksa menolak permintaan si Fauzan. Si Nana pun memang dah tak nak ikut balik tapi agak susah aku tinggalkan si Nana bab dia masih belum fasih bercakap. Tu yang payah sikit nak ikut permintaan si Fauzan.

My Little bubu
Sebelum balik Sandakan, aku kasi training si Nana untuk berjalan di kebun. Memang agak lemah dia menaiki bukit biarpun bukit tu agak landai.